Sunday, October 25, 2009

10 Petua Cantik & Langsing Dari Ziana Zain...


1. Tidak mengambil makanan yang berminyak dan berlemak.
2. Memakan makanan yang dibakar, stim, dan panggang.
3. Dalam sehari Ziana akan minum tiga liter air kosong bagi melancarkan sistem pencernaan dan membuat kulit kelihatan cantik berseri.
4. Selepas 60 hari bersalin barulah Ziana akan mula berdiet. Bukannya selepas habis pantang kerana penting untuk menambah darah dalam badan.
5. Kurangkan makan nasi tetapi lebihkan mengambil makanan tambahan untuk membantu tubuh mendapat khasiat yang mencukupi.
petua langsing6. Kerja-kerja rumah yang dilakukan setiap hari adalah senaman buat Ziana.
7. Tidak sesekali lupa untuk menjalankan rawatan lulur badan agar kulit muka dan badan sentiasa kelihatan halus dan bersih.
8. Amalkan memakan ulaman seperti petai, ulam raja, pegaga  dan sebagainya.
9. Setiap petua yang diamalkan perlu diulang 3 kali seminggu.
10. Banyakkan memakan makanan dari sayuran agar menambah lagi tenaga dan melancarkan peredaran darah.


~SELAMAT MENCUBA & AMALKAN~



No comments:

Post a Comment