Assalamualaikum wbt, buat para pembaca blog Alma Boutique & Spa, maaf kerana dalam beberapa hari pada bulan ini mungkin ada yang datang ke kedai kami menemui kehampaan kerana kedai tidak beroperasi seperti waktu yang tertera dalam flyers. Bukan apa, kedai kami terpaksa mengharungi satu lagi fasa pembaikan iaitu penambahan pintu rintangan api.
Jadi kami terpaksa mengikut prosedur dari pihak bomba tempatan. Demi keselesaan para pelanggan yang sangat kami hargai, jadi pihak kami terpaksa menutup kedai tersebut.
Bersempena dengan Hari Raya Aidiladha, kedai kami akan dibuka semula pada 1 Disember 2009 dan diharapkan para pelanggan yang juga pembaca blog ini dapat berkunjung semula ke kedai kami... insya-Allah, kami akan berikan yang terbaik buat anda.
Waktu perniagaan telah diubah dari 9 pagi ke 11 pagi hingga 9 malam. Diharapkan para pelanggan dapat dimaklumkan hal ini dan semoga anda tidak berkecil hati dengan kekurangan maklumat berkenaan waktu urusniaga kedai ini.
Dengan ini, kami warga Alma Boutique & Spa mengucapkan Salam Aidiladha, semoga yang berkunjung ke Tanah suci Makkah sebagai tetamu Allah, pulang ke tanah air dengan selamatnya, amin. Semoga anda dan keluarga berbahagia di hari lebaran tahun ini....
No comments:
Post a Comment