Sunday, November 29, 2009

Alma New Brochure!!!!

Assalamualaikum, buat para pelanggan Alma dan ahli-ahli, di sini terdapat brochure baru memaparkan maklumat servis terkini Alma iaitu Package Service. Sila lah lihat-lihat harganya ye...







Friday, November 27, 2009

Salam Aidiladha...

Assalamualaikum wbt, buat para pembaca blog Alma Boutique & Spa, maaf kerana dalam beberapa hari pada bulan ini mungkin ada yang datang ke kedai kami menemui kehampaan kerana kedai tidak beroperasi seperti waktu yang tertera dalam flyers. Bukan apa, kedai kami terpaksa mengharungi satu lagi fasa pembaikan iaitu penambahan pintu rintangan api.
Jadi kami terpaksa mengikut prosedur dari pihak bomba tempatan. Demi keselesaan para pelanggan yang sangat kami hargai, jadi pihak kami terpaksa menutup kedai tersebut. 


Bersempena dengan Hari Raya Aidiladha, kedai kami akan dibuka semula pada 1 Disember 2009 dan diharapkan para pelanggan yang juga pembaca blog ini dapat berkunjung semula ke kedai kami... insya-Allah, kami akan berikan yang terbaik buat anda.


Waktu perniagaan telah diubah dari 9 pagi ke 11 pagi hingga 9 malam. Diharapkan para pelanggan dapat dimaklumkan hal ini dan semoga anda tidak berkecil hati dengan kekurangan maklumat berkenaan waktu urusniaga kedai ini. 


Dengan ini, kami warga Alma Boutique & Spa mengucapkan Salam Aidiladha, semoga yang berkunjung ke Tanah suci Makkah sebagai tetamu Allah, pulang ke tanah air dengan selamatnya, amin. Semoga anda dan keluarga berbahagia di hari lebaran tahun ini....










Saturday, October 31, 2009

Giving You The Best!!!

Assalamualaikum wbt,

Buat para pembaca blog ini, selamat datang saya ucapkan buat semua, semoga anda berada dalam keadaan sihat sejahtera disamping keluarga tercinta dan dirahmati Allah swt. Buat pengetahuan semua, Alma kini telah pun hampir mencapai bulan pertamanya beroperasi. Diharapkan dengan kehadiran teman-teman seperjuangan saya diluar sana, yang sentiasa memberi sokongan moral kepada saya, maka bertambah popular lah spa ini nanti.

Banyak servis yang sedang di'upgrade'... sesuai dengan kemunculan sulung butik dan spa ini. Di ambil dari perkataan akar Bahasa Arab, 'Alma' bermaksud bersinar, berseri, ala-ala glamor gitu...
(*v*)

Dijangkakan pada Disember ini, ruangan salon rambut pula akan beroperasi. Terlalu banyak perancangan, namun saya dan partner tabah melaksanakannya, satu persatu. Doakan spa kami berjaya ye?

Buat pembaca blog yang ingin berinteraksi, jangan segan-segan menghantar email kepada saya : almabouspa@gmail.com. Perhatian dari anda amat saya hargai....

Sunday, October 25, 2009

Masalah Badan Letih Dan Cara Mengatasinya...



Hairan ye tidur sudah cukup.. Makan pun sudah… Minum pun sudah.. Tak pula melakukan aktiviti lasak...kenapa ye?
Mengapa badan kamu terasa cepat penat, tidak bertenaga, lesu dan mengantuk ketika di siang hari? Apakah punca masalah badan letih ini dan bagaimana untuk mengatasi badan letih dan cepat mengantuk?
Ada beberapa sebab yang menyebabkan badan cepat letih dan mengantuk di siang hari.




 Sensitiviti Elektrik
Terasa seperti tidak cukup tidur, sakit kepala, pening dan penat boleh disebabkan kerana kamu di kelilingi alat-alat elektrik. Ada fakta menyatakan bahawa sensitiviti elektrik mempengaruhi 35% terhadap populasi dunia. Sensitiviti elektrik mempengaruhi sistem semulajadi badan. Tanpa di sedari penyebabnya adalah seperti meletakkan telefon bimbit di sisi katil,penggunaan pengering rambut melebihi 10 minit, meletakkan jam digital bersebelahan ketika tidur dan  terlalu dekat dengan skrin komputer.
Cara mengatasinya badan letih akibat sensitiviti elektrik ialah gantikan digital kepada jam analog, guna monitor komputer jenis LCD, alihkan alat-alat tanpa wayar ke bilik berasingan.

 

Diabetes tanpa Sedar

Mengikut Kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat mendapati lebih kurang 500,000 wanita tidak mengetahui mereka mengidap diabetes. Menurut pakar pemakanan, diabetes terjadi apabila terdapat banyak gula dalam darah yang tidak diperlukan oleh tubuh. Apabila glukosa tidak ditukarkan kepada tenaga sama ada disebabkan insulin yang tidak cukup  atau insulin tidak bekerja dengan betul menyebabkan hati mengeluar glukosa berlebihan dan badan tidak mampu menukarkan kepada tenaga kemudian memecahkanya menjadi lemak dan protein yang menyebabkan lebih banyak glukosa terhasil. Simptom diabetes ialah kencing kerap dan cepat dahaga badan pula menjadi mudah letih dan lemah.
Cara mengatasi maslah badan letih disebabkan Diabetes ialah cuba ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan memastikan adakah anda berkebarangkalian mengidap diabetes, lakukan ujian darah untuk mengukur tahap gula dalam darah. Ketagihan memakan makanan yang manis dan berlemak sebelum kedatangan haid juga antara petanda kamu mengalami ketidakseimbangan kadar gula dalam darah. Makan setiap 3 jam dan jauhi roti, yogurt buah, jus, rokok dan kafein. Banyakkan mengambil makanan laut, telur, sayur sayuran hijau dan buah seperti buah pear, anggur, pic dan kiwi. Gantikan pasta dengan beras perang, bubur dan bijirin.

 
Makan Tengahari

Makan yang tidak menentu dan tidak teratur menyebabkan kita mudah marah dan keletihan. Amalan pemakanan yang tidak teratur mempengaruhi tindak balas imunisasi yang mengurangkan amaun tenaga dalam badan. Makan tengahari tidak harus diambil terlalu berat kerana mendorong perasaan malas dan mengantuk.
Cara Mengatasi badan letih ialah makan tengahari bukan untuk mengenyangkan tetapi untuk meneruskan aktiviti seterusnya. lebih baik mengambil makanan berat ketika bersarapan dan jangan sesekali meninggalkan sarapan anda. Elakkan lauk pauk yang berlemak dan berkolestrol. Ambil buah buahan selepas makan untuk menyegarkan badan.

Masalah Ginjal
Maslah ginjal boleh mnyebabkan anemia (kurang darah merah) seterusnya membawa keletihan.
Cara Mengatasi masalah badan letih ialah berbincanglah dengan doktor jika anda mengalami masalah ginjal juga merangkumi tiroid kerana tiroid juga boleh membawa kepada keletihan. Elakkan pengambilan kafien dan alkohol dan banyakkan mengambil makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran, buah-buahan,ikan dan rumpai laut.

Kekurangan Zat Besi dan Vitamin B12

Kekurangan zat besi dan vitamin B12  boleh membawa kepada penyakit anemia. B12 pula berfungsi dalam sisitem darah iaitu membantu membawa oksigen ke serata badan. Manakala zat besi untuk penghasilan darah merah.
Tanda-tanda pengidap anemia ialah kulit kelihatan kekuningan, tetapi jika kamu letih dan cepat emosional cubalah mengambil vitamin B12.
Cara mengatasi masalah badan letih jika kekurangan zat ialah dengan mengambil vitamin tambahan seperti multivitamin dan sebagainya.

Cara Senaman

 

Senaman memang bagus untuk badan namun jika waktu yang dilakukan itu tidak kena boleh menyebabkan keletihan kerana kamu kurang tenaga dan kesan pada keesokan harinya.
cara mengatasi badan letih ialah dengan bersenam seperti berlari,berjalan atau aerobik diwaktu pagi dan pada malam hari boleh lakukan senaman seperti berjalan sekeling rumah atau yoga. Ini Dapat melegakan minda dan otot-otot. Jika kepenatan, lakukan sahaja senaman ringan sekitar 30 minit yang mampu merangsang tenaga dalam badan.

Tekanan
Sebenarnya jika kita mengalami tekanan akan memberi efek terhadap tubuh juga. Anda mengalami tekanan mungkin di sebabkan malasah-masalah seperti berikut iaitu kurang motivasi, tiada keinginan terhadap seks, dan juga mengalami turun naik berat badan yang tidak seimbang.

Cara mengatasi badan letih akibat tekanan boleh dipulihkan dengan berjumpa doktor pakar mengambil antidepressants, sesi terapi atau kedua-duanya. Cognitive behavior theraphy (CBT) boleh membantu mengubah cara pemikiran seseorang. Dengan membantu mengubah fokus otak melalui tabiat baru. CBT membantu kamu mengawal stress dan tekanan. Terapi ini selalunya dilakukan seminggu sekali selama 6 minggu.

10 Petua Cantik & Langsing Dari Ziana Zain...


1. Tidak mengambil makanan yang berminyak dan berlemak.
2. Memakan makanan yang dibakar, stim, dan panggang.
3. Dalam sehari Ziana akan minum tiga liter air kosong bagi melancarkan sistem pencernaan dan membuat kulit kelihatan cantik berseri.
4. Selepas 60 hari bersalin barulah Ziana akan mula berdiet. Bukannya selepas habis pantang kerana penting untuk menambah darah dalam badan.
5. Kurangkan makan nasi tetapi lebihkan mengambil makanan tambahan untuk membantu tubuh mendapat khasiat yang mencukupi.
petua langsing6. Kerja-kerja rumah yang dilakukan setiap hari adalah senaman buat Ziana.
7. Tidak sesekali lupa untuk menjalankan rawatan lulur badan agar kulit muka dan badan sentiasa kelihatan halus dan bersih.
8. Amalkan memakan ulaman seperti petai, ulam raja, pegaga  dan sebagainya.
9. Setiap petua yang diamalkan perlu diulang 3 kali seminggu.
10. Banyakkan memakan makanan dari sayuran agar menambah lagi tenaga dan melancarkan peredaran darah.


~SELAMAT MENCUBA & AMALKAN~



Friday, October 23, 2009

Tips Menjaga Badan...

Apakah tips menjaga badan dalam islam ya?

1) Jangan Makan Daging bersama SusuContohnya makan nasi daging merah dan minum milo ais
 Tips Menjaga Badan 


2) Jangan Makan Daging Bersama Ikan - Contohnya makan nasi bersama lauk ikan goreng dan daging masak kicap
3) Jangan Makan Ikan bersama SusuContohnya makan nasi lauk ikan kemudian minum teh ais
4) Jangan Makan Ayam bersama susuContohnya makan Kfc dengan milo ais
5) Jangan Makan Ikan bersama TelurContohnya makan nasi, ikan goreng dan telur dadar
6) Jangan Makan Ikan bersama Daun Salad - Contohnya makan nasi berlauk ikan dan ulam salad
Tips Menjaga Badan
7) Jangan Makan Susu bersama cuka - Contohnya Makan nasi bersama lauk yang mengandugi cuka (sambal tumis, sos dsb) dan minum teh ais
8 ) Jangan Makan Buah + Susu - Contohnya yougurt buah, aiskrim dan buah (aduh my fav)
9) Jangan Makan Buah selepas makan sebaiknya makan buah sebelum makan.
10) Jangan tidur selepas makan (selepas 1 jam)
11) Jangan tinggal makan malam kerana orang yang mengamalkan tinggal makan malam akan di makan usia dan kolestrol akan bertambah 2 kali ganda.