Sunday, November 29, 2009

Alma New Brochure!!!!

Assalamualaikum, buat para pelanggan Alma dan ahli-ahli, di sini terdapat brochure baru memaparkan maklumat servis terkini Alma iaitu Package Service. Sila lah lihat-lihat harganya ye...







Friday, November 27, 2009

Salam Aidiladha...

Assalamualaikum wbt, buat para pembaca blog Alma Boutique & Spa, maaf kerana dalam beberapa hari pada bulan ini mungkin ada yang datang ke kedai kami menemui kehampaan kerana kedai tidak beroperasi seperti waktu yang tertera dalam flyers. Bukan apa, kedai kami terpaksa mengharungi satu lagi fasa pembaikan iaitu penambahan pintu rintangan api.
Jadi kami terpaksa mengikut prosedur dari pihak bomba tempatan. Demi keselesaan para pelanggan yang sangat kami hargai, jadi pihak kami terpaksa menutup kedai tersebut. 


Bersempena dengan Hari Raya Aidiladha, kedai kami akan dibuka semula pada 1 Disember 2009 dan diharapkan para pelanggan yang juga pembaca blog ini dapat berkunjung semula ke kedai kami... insya-Allah, kami akan berikan yang terbaik buat anda.


Waktu perniagaan telah diubah dari 9 pagi ke 11 pagi hingga 9 malam. Diharapkan para pelanggan dapat dimaklumkan hal ini dan semoga anda tidak berkecil hati dengan kekurangan maklumat berkenaan waktu urusniaga kedai ini. 


Dengan ini, kami warga Alma Boutique & Spa mengucapkan Salam Aidiladha, semoga yang berkunjung ke Tanah suci Makkah sebagai tetamu Allah, pulang ke tanah air dengan selamatnya, amin. Semoga anda dan keluarga berbahagia di hari lebaran tahun ini....










Saturday, October 31, 2009

Giving You The Best!!!

Assalamualaikum wbt,

Buat para pembaca blog ini, selamat datang saya ucapkan buat semua, semoga anda berada dalam keadaan sihat sejahtera disamping keluarga tercinta dan dirahmati Allah swt. Buat pengetahuan semua, Alma kini telah pun hampir mencapai bulan pertamanya beroperasi. Diharapkan dengan kehadiran teman-teman seperjuangan saya diluar sana, yang sentiasa memberi sokongan moral kepada saya, maka bertambah popular lah spa ini nanti.

Banyak servis yang sedang di'upgrade'... sesuai dengan kemunculan sulung butik dan spa ini. Di ambil dari perkataan akar Bahasa Arab, 'Alma' bermaksud bersinar, berseri, ala-ala glamor gitu...
(*v*)

Dijangkakan pada Disember ini, ruangan salon rambut pula akan beroperasi. Terlalu banyak perancangan, namun saya dan partner tabah melaksanakannya, satu persatu. Doakan spa kami berjaya ye?

Buat pembaca blog yang ingin berinteraksi, jangan segan-segan menghantar email kepada saya : almabouspa@gmail.com. Perhatian dari anda amat saya hargai....

Sunday, October 25, 2009

Masalah Badan Letih Dan Cara Mengatasinya...



Hairan ye tidur sudah cukup.. Makan pun sudah… Minum pun sudah.. Tak pula melakukan aktiviti lasak...kenapa ye?
Mengapa badan kamu terasa cepat penat, tidak bertenaga, lesu dan mengantuk ketika di siang hari? Apakah punca masalah badan letih ini dan bagaimana untuk mengatasi badan letih dan cepat mengantuk?
Ada beberapa sebab yang menyebabkan badan cepat letih dan mengantuk di siang hari.




 Sensitiviti Elektrik
Terasa seperti tidak cukup tidur, sakit kepala, pening dan penat boleh disebabkan kerana kamu di kelilingi alat-alat elektrik. Ada fakta menyatakan bahawa sensitiviti elektrik mempengaruhi 35% terhadap populasi dunia. Sensitiviti elektrik mempengaruhi sistem semulajadi badan. Tanpa di sedari penyebabnya adalah seperti meletakkan telefon bimbit di sisi katil,penggunaan pengering rambut melebihi 10 minit, meletakkan jam digital bersebelahan ketika tidur dan  terlalu dekat dengan skrin komputer.
Cara mengatasinya badan letih akibat sensitiviti elektrik ialah gantikan digital kepada jam analog, guna monitor komputer jenis LCD, alihkan alat-alat tanpa wayar ke bilik berasingan.

 

Diabetes tanpa Sedar

Mengikut Kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat mendapati lebih kurang 500,000 wanita tidak mengetahui mereka mengidap diabetes. Menurut pakar pemakanan, diabetes terjadi apabila terdapat banyak gula dalam darah yang tidak diperlukan oleh tubuh. Apabila glukosa tidak ditukarkan kepada tenaga sama ada disebabkan insulin yang tidak cukup  atau insulin tidak bekerja dengan betul menyebabkan hati mengeluar glukosa berlebihan dan badan tidak mampu menukarkan kepada tenaga kemudian memecahkanya menjadi lemak dan protein yang menyebabkan lebih banyak glukosa terhasil. Simptom diabetes ialah kencing kerap dan cepat dahaga badan pula menjadi mudah letih dan lemah.
Cara mengatasi maslah badan letih disebabkan Diabetes ialah cuba ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan memastikan adakah anda berkebarangkalian mengidap diabetes, lakukan ujian darah untuk mengukur tahap gula dalam darah. Ketagihan memakan makanan yang manis dan berlemak sebelum kedatangan haid juga antara petanda kamu mengalami ketidakseimbangan kadar gula dalam darah. Makan setiap 3 jam dan jauhi roti, yogurt buah, jus, rokok dan kafein. Banyakkan mengambil makanan laut, telur, sayur sayuran hijau dan buah seperti buah pear, anggur, pic dan kiwi. Gantikan pasta dengan beras perang, bubur dan bijirin.

 
Makan Tengahari

Makan yang tidak menentu dan tidak teratur menyebabkan kita mudah marah dan keletihan. Amalan pemakanan yang tidak teratur mempengaruhi tindak balas imunisasi yang mengurangkan amaun tenaga dalam badan. Makan tengahari tidak harus diambil terlalu berat kerana mendorong perasaan malas dan mengantuk.
Cara Mengatasi badan letih ialah makan tengahari bukan untuk mengenyangkan tetapi untuk meneruskan aktiviti seterusnya. lebih baik mengambil makanan berat ketika bersarapan dan jangan sesekali meninggalkan sarapan anda. Elakkan lauk pauk yang berlemak dan berkolestrol. Ambil buah buahan selepas makan untuk menyegarkan badan.

Masalah Ginjal
Maslah ginjal boleh mnyebabkan anemia (kurang darah merah) seterusnya membawa keletihan.
Cara Mengatasi masalah badan letih ialah berbincanglah dengan doktor jika anda mengalami masalah ginjal juga merangkumi tiroid kerana tiroid juga boleh membawa kepada keletihan. Elakkan pengambilan kafien dan alkohol dan banyakkan mengambil makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran, buah-buahan,ikan dan rumpai laut.

Kekurangan Zat Besi dan Vitamin B12

Kekurangan zat besi dan vitamin B12  boleh membawa kepada penyakit anemia. B12 pula berfungsi dalam sisitem darah iaitu membantu membawa oksigen ke serata badan. Manakala zat besi untuk penghasilan darah merah.
Tanda-tanda pengidap anemia ialah kulit kelihatan kekuningan, tetapi jika kamu letih dan cepat emosional cubalah mengambil vitamin B12.
Cara mengatasi masalah badan letih jika kekurangan zat ialah dengan mengambil vitamin tambahan seperti multivitamin dan sebagainya.

Cara Senaman

 

Senaman memang bagus untuk badan namun jika waktu yang dilakukan itu tidak kena boleh menyebabkan keletihan kerana kamu kurang tenaga dan kesan pada keesokan harinya.
cara mengatasi badan letih ialah dengan bersenam seperti berlari,berjalan atau aerobik diwaktu pagi dan pada malam hari boleh lakukan senaman seperti berjalan sekeling rumah atau yoga. Ini Dapat melegakan minda dan otot-otot. Jika kepenatan, lakukan sahaja senaman ringan sekitar 30 minit yang mampu merangsang tenaga dalam badan.

Tekanan
Sebenarnya jika kita mengalami tekanan akan memberi efek terhadap tubuh juga. Anda mengalami tekanan mungkin di sebabkan malasah-masalah seperti berikut iaitu kurang motivasi, tiada keinginan terhadap seks, dan juga mengalami turun naik berat badan yang tidak seimbang.

Cara mengatasi badan letih akibat tekanan boleh dipulihkan dengan berjumpa doktor pakar mengambil antidepressants, sesi terapi atau kedua-duanya. Cognitive behavior theraphy (CBT) boleh membantu mengubah cara pemikiran seseorang. Dengan membantu mengubah fokus otak melalui tabiat baru. CBT membantu kamu mengawal stress dan tekanan. Terapi ini selalunya dilakukan seminggu sekali selama 6 minggu.

10 Petua Cantik & Langsing Dari Ziana Zain...


1. Tidak mengambil makanan yang berminyak dan berlemak.
2. Memakan makanan yang dibakar, stim, dan panggang.
3. Dalam sehari Ziana akan minum tiga liter air kosong bagi melancarkan sistem pencernaan dan membuat kulit kelihatan cantik berseri.
4. Selepas 60 hari bersalin barulah Ziana akan mula berdiet. Bukannya selepas habis pantang kerana penting untuk menambah darah dalam badan.
5. Kurangkan makan nasi tetapi lebihkan mengambil makanan tambahan untuk membantu tubuh mendapat khasiat yang mencukupi.
petua langsing6. Kerja-kerja rumah yang dilakukan setiap hari adalah senaman buat Ziana.
7. Tidak sesekali lupa untuk menjalankan rawatan lulur badan agar kulit muka dan badan sentiasa kelihatan halus dan bersih.
8. Amalkan memakan ulaman seperti petai, ulam raja, pegaga  dan sebagainya.
9. Setiap petua yang diamalkan perlu diulang 3 kali seminggu.
10. Banyakkan memakan makanan dari sayuran agar menambah lagi tenaga dan melancarkan peredaran darah.


~SELAMAT MENCUBA & AMALKAN~



Friday, October 23, 2009

Tips Menjaga Badan...

Apakah tips menjaga badan dalam islam ya?

1) Jangan Makan Daging bersama SusuContohnya makan nasi daging merah dan minum milo ais
 Tips Menjaga Badan 


2) Jangan Makan Daging Bersama Ikan - Contohnya makan nasi bersama lauk ikan goreng dan daging masak kicap
3) Jangan Makan Ikan bersama SusuContohnya makan nasi lauk ikan kemudian minum teh ais
4) Jangan Makan Ayam bersama susuContohnya makan Kfc dengan milo ais
5) Jangan Makan Ikan bersama TelurContohnya makan nasi, ikan goreng dan telur dadar
6) Jangan Makan Ikan bersama Daun Salad - Contohnya makan nasi berlauk ikan dan ulam salad
Tips Menjaga Badan
7) Jangan Makan Susu bersama cuka - Contohnya Makan nasi bersama lauk yang mengandugi cuka (sambal tumis, sos dsb) dan minum teh ais
8 ) Jangan Makan Buah + Susu - Contohnya yougurt buah, aiskrim dan buah (aduh my fav)
9) Jangan Makan Buah selepas makan sebaiknya makan buah sebelum makan.
10) Jangan tidur selepas makan (selepas 1 jam)
11) Jangan tinggal makan malam kerana orang yang mengamalkan tinggal makan malam akan di makan usia dan kolestrol akan bertambah 2 kali ganda.

Kulit Cantik Dengan Khasiat Kelapa

Sejak dahulu kita telah ketahui bahawa santan mempunyai pelbagai kebaikan dalam makanan mahupun dalam kecantikan. Selain untuk kulit cantik, Santan turut digunakan sebagai petua untuk mendapatkan kening yang cantik dan rambut lebat bersinar.
Selain daripada itu, khasiat santan yang mengandungi asid lemak tepu juga berfungsi dalam mengekalkan daya ketahanan badan dan melindungi kulit.
Pernahkah anda mendengar mengenai lulur santan? Tahukah anda bahawa lulur santan dapat menjadikan kulit cantik dan gebu.. ini lah kebaikan dan khasiat pada lulursantan yang akan di paparkan di sini..
Lulur santan adalah semulajadi tanpa menggunakan bahan kimia bertindak untuk menyingkirkan sel kulit mati, meransang kulit menjadi lebih anjal dan membantu mengekalkan kelambapan kulit untuk kulit cantik berseri. Di samping itu, lulur santan juga bolehmegurangkanb kesan kegelapan kulit apabila berjemur.
Asid laurik yang terdapat dalam lulur santan turut berupaya meransang pembentukan kolagen dalam sel kulit dan juga melindungi kulit daripada kuman. Kulit akan cerah secara semula jadi tanpa pengelupasan melalui penyingkiran sel kulit mati dan kotosan yang melekat pada badan. Inilah fungsi lulur santan.
Kaedah LulurSantan


  • Sebelum melakukan rawatan lulur santan, kulit akan di analisis untuk memastikan rawatan yang sesuai.
  • Lulur santan akan di oleskan padan badan dari atas bahu hingga ke tapak kaki.
  • Badan akan di bilas dengan air suam.
  • Kemudian serbuk susu akan di sapu pada keseluruhan badan
  • Setelah itu urutan daripada kaki hingga ke kepala.
  • Berendam di dalam tab mandi yang mengandungi air suam dan krim mandian santan selama 15 minit.
  • Selalunya anda akan di berikan  dengan teh halia untuk menghilangkan angin-angin yang terkandung dalam badan.
Kebaikan Lulur Santan
  • menjadikan kulit cantik, halus, gebu dan cerah.
  • Menanggalkan sel-sel mati serta daki pada badan.
  • Memutihkan bahagian-bahagian tersembunyi seperti pelipat paha, lutut,siku dan celah ketiak.
  • Mengurangkan tekanan & keletihan.
  • Mengekalkan tenaga.
  • Menghindarkan bau badan dan peluh berbau.
  • Memperbaiki tekstur kulit.
  • Mengurangkan dehidrasi.

Petua Asas Mencantikkan Kulit....Tradisional.....

Kulit Licin
untuk kulit kelihatan licin ialah, ambil tepung pulut dan campurkan dengan air. Sapukan pada wajah sebelum tidur dan cuci keesokannya.

Menghaluskan Kulit Wajah
Campurkan madu lebah bersama putih telur dan sapukan pada muka seperti masker dan biarkan kering lebih kurang 30 minit, kemudian bilas dengan air suam atau air basuhan beras.

Menghilangkan kulit Bersisik
Campurkan hampas kelapa dengan air asam jawa dan sapukan padakawasan yang bersisik tersebut dan gosok-gosokkan sebelum mandi boleh dilakukan seperti lulur.

Melebatkan Bulu Kening
Bakar buah keras hingga hitam kemudian hancurkan, campurkan dengan sedikit minyak masak kemudian sapukan pada bahagian bulu kening.

Memerahkan bibir
Sapukan dengan madu lebah dan biarkan kering.

Wajah Putih Gebu
Campurkan 5 sudu besar susu kambing dan campurkan sebiji putih telur ayam kampung  kemudian 'masker'kan pada muka hingga kering.

SELAMAT MENCUBA!!!

Saturday, October 10, 2009

Esok...'Open House' Alma Boutique & Spa..11 Oktober 2009...




Esok, 11 Oktober 2009, Alma Boutique & Spa akan membuat penampilan sulungnya dengan memperkenalkan kedai kami kepada umum, khasnya kepada rakan taulan dan sanak saudara pemiliknya. Diharapkan dengan 'Open House' ini, semoga spa ini akan lebih dikenali umum... Insya-Allah...




Thursday, October 8, 2009

Sekilas Pandang 2.....


Sekilas Pandang: Alma Boutique & Spa...

Ruangan di dalam kedai yang menggamit hati
pengunjung...




















Meja kaunter yang sangat mengalu-alukan
kedatangan anda...dan ruangan santai buat pelanggan, sambil menikmati

teh dan kuih raya...


Wednesday, October 7, 2009

List of Services...Alma Boutique & Spa



Introducing Our Opening Spa...
























Malay:
Alma Boutique & Spa telah diasaskan oleh 2 orang saudara perempuan yang bernama Pn. Aslinda Sariff dan kakaknya Pn. Asmah Sariff. Ilham datang kepada Pn. Aslinda untuk menjadikan impian beliau sebagai kenyataan tatkala menerima pelawaan dan kata-kata semangat dari kenalan beliau, Cik Suhana dari Kajang, Selangor. Berkat dari usaha gigih beliau serta sokongan padu suaminya, beliau berjaya membina empayar perniagaan barunya di No. 24 B, 8/4, Jalan Sua Rasa, Lake Valley, Town Park 1, Bandar Tun Hussein Onn, 43400 Cheras, Selangor. WAKTU PERNIAGAAN: 9.00AM - 9.00PM.

Alma Boutique & Spa kini telah pun mula beroperasi tepat pada 4 Oktober 2009. Spa ini menawarkan perkhidmatan seperti rawatan muka (Facial), rawatan badan (urut dan mandi sauna), penjualan rangkaian produk terkenal, Dr. Azimuth dan pakaian seperti jubah, blouse dan baju kurung moden.


Dibuka untuk golongan wanita, khususnya wanita muslimah, Alma Boutique & Spa turut mensasarkan golongan wanita berkerjaya yang berketrampilan tinggi dan ingin memanjakan diri mereka setelah seharian berpenat lelah mencari rezeki serta golongan suri rumah yang turut mempunyai kesedaran yang tinggi tentang kesihatan wajah dan tubuh badan mereka, meletakkan produk Dr. Azimuth sebagai bahan kosmetik utama buat para pelanggan.

Percaya dan yakin dengan produk diasaskan oleh Dr. Aziz Azimuth, yang menggunakan 100% bahan-bahan dari ekstrak buah-buahan, kami yakin para pelanggan juga akan berasa selamat dengan produk pilihan ini. Produk ini dipilih setelah diteliti oleh Pn. Aslinda bahawa ianya sangat selamat dipakai dan telah ramai yang memberi testimoni bahawa produk ini sangat berkesan!

Sekarang pusat spa ini sedang membuat promosi ke atas perkhidmatan-perkhidmatan yang dinyatakan. Sebarang pertanyaan atau temu janji boleh diajukan ke: almabouspa@gmail.com atau telefon ke nombor 012-6962109 @ 017-6147106.

Pusat spa kami kini sedang giat menjalankan promosi pembukaan dengan menawarkan harga yang cukup istimewa kepada para pelanggan sehingga 25 Oktober 2009.

Dengan kehadiran blog ini, semoga pusat spa kami dapat memperbaiki sebarang kekurangan dan menambahbaik lagi servis yang ada.

AKAN DATANG>>>>>
Pembukaan ruangan salon rambut....beroperasi pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Bagi memenuhi keperluan anda...sila buat temujanji dengan kami terlebih dahulu..... Kedatangan anda dialu-alukan...


"Manjakan Diri Anda Di sini..."

English:
Alma Boutique & Spa have been found by two sisters, Pn. Aslinda and Pn. Asmah Sariff. The inspiration came to Pn. Aslinda to open the business as to fulfill her dreams to involve in the biz world seriously, was being supported by her friend, Miss Suhana from Kajang, Selangor. Derived from her determination and full support from her husband, now she has her own spa at
No. 24 B, 8/4, Jalan Sua Rasa, Lake Valley, Town Park 1, Taman Tun Hussein Onn, 43400 Cheras, Selangor. BUSINESS HOUR: 9.00AM - 9.00PM.

The business has been running since 4th October 2009. The services that this spa is offering are facial treatment, body treatment, cosmetics from Dr. Azimuth, and muslimah boutique.

The objective of the opening are for dedicated women who are highly profile and had worked hard and for those housewives who are concern for their health in terms of beautiness, by using Dr. Azimuth products and healthcare as our prime products.


These products had bee carefully analyzed by Pn. Aslinda which they are the safest products to be used as Dr. Azimuth's does not use chemicals at all and uses fruits extracts as their 100% ingredients in the products. Now, the spa is constantly doing the promotion on the services mentioned. Any inquiry about the spa or the services, kindly contact us via email: almabouspa@gmail.com or call us at 012-6962109 @ 017-6147106.

We are offering you the best price in town! Don't miss it out! The promotion will be until 25th October 2009.

With the existance of this blog, may our business will prosper, Insya-Allah. You can leave your comments for the best performance from us later on this page.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
COMING SOON!!!
Hair Salon for women...open on Friday, Saturday and Sunday.

In order to satisfy your needs to the maximum level, please make an appointment with us first. You are always welcome to our spa....



No. 24 B, 8/4, Jalan Sua Rasa, Lake

Valley, Town Park 1, Bandar Tun

Hussein Onn, 43400 Cheras, Selangor

(Bangunan berdekatan Carrefour,

Tingkat 1)

012-6962109 @ 017-6147106

E-mail: almabouspa@gmail.com